SEJARAH SEKOLAH
SK.
Merpati dibuka dengan rasminya pada 17 Januari 2000. Ia terletak di
tengah-tengah kawasan perumahan antaranya adalah Taman Merpati, Taman
Rajawali, Taman Rimba, Taman Kenari dan Taman Nuri.
Pemilihan nama "MERPATI" bagi sekolah ini adalah diambil sempena nama salah satu taman perumahan yang berhampiran dengan sekolah iaitu Taman Merpati.
"CEMERLANG" dipilih sebagai moto sekolah menjadi inspirasi kepada pihak sekolah untuk terus membimbing dan membawa generasi muda untuk terus maju dan cemerlang dalam semua bidang sama ada dari segi akademik mahupun kokurikulum.
Sekolah ini dibina di atas tanah yang mempunyai keluasan sebesar 4 hektar kaki persegi. Semasa sekolah ini mula dibuka, ia mempunyai pelajar seramai 50 orang iaitu murid Tahun Satu. Kemudian pada bulan Februari pada tahun yang sama ia mendapat murid dari sekolah-sekolah yang berhampiran seperti SK. Taman Rimba dan SK. Kem Tentera yang menghantar murid Tahun Dua iaitu seramai 50 orang dan jumlah keseluruhan pada tahun itu adalah seramai seratus orang murid.
Guru Besar yang pertama adalah Pn Ngatila Suratman dan dibarisi oleh guru-guru yang ditempatkan di seklah tersebut seramai 10 orang guru iaitu 2 orang guru lelaki dan 8 orang guru perempuan. Manakala kakitangan bukan mengajar (KTBM) pula seramai 3 orang.

VISI
SK. Merpati Penjana Pendidikan Berkualiti Dan Cemerlang
Misi
1. Melahirkan pelajar yang berpotensi dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
2. Menerapkan nilai-nilai murni selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
3. Mewujudkan komunikasi berkesan antara sekolah dan komuniti.
No comments:
Post a Comment