Yang dihormati tuan pengerusi majlis, yang berusaha tuan guru besar, para hakim yang arif lagi bijak sana, guru-guru, serta rakan- rakan sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.
Pada pagi yang mulia ini, saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk ‘’Faedah makan buah-buahan tempatan’’. Definisi buah- buahan tempatan menurut kamus dewan ialah buah-buahan yang ditanam di Malaysia. Contohnya buah manggis, durian dan tembikai.
Buah-buahan tempatan banyak mengandungi khasiat. Contohnya, buah jambu batu mengandungi vitamin c dan buah limau mengandungi asid yang boleh menghadamkan makanan yang kita makan.
Buah-buahan tempatan mudah didapati kerana pokok-pokoknya berasal dari negara kita. Oleh itu, buah-buahan tempatan didapati lebih segar. Buah-buahan ini banyak dijual di gerai-gerai buah-buahan.
Selain daripada itu, harga buah-buahan tempatan juga berpatutan jika dibandingkan dengan buah-buahan import. Ini kerana buah-buahan tempatan tidak memerlukan kos pengangkutan yang tinggi untuk dipasarkan.
Buah-buahan tempatan juga telah dieksport ke luar negara. Contohnya buah nanas yang ditinkan akan dieksport ke luar negara seperti Arab Saudi dan Amerika Syarikat. Ini menunjukkan buah-buahan tempatan juga baik dan berkualiti.
Kesimpulannya, buah-buahan tempatan mempunyai banyak khasiatnya. Oleh itu, makanlah buah-buahan tempatan untuk kesihatan kita.
Sekian, terima kasih.