Friday, September 9, 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2011


Kepada calon-calon UPSR 2011, guru-guru serta ibubapa sentiasa mendoakan kejayaan anda. Semoga anda berjaya dan lulus dengan cemerlang.......INSYAALLAH   

Monday, July 4, 2011

Karangan Syarahan

Yang dihormati tuan pengerusi majlis, yang berusaha tuan guru besar, para hakim yang arif lagi bijak sana, guru-guru, serta rakan- rakan sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.

Pada pagi yang mulia ini, saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk ‘’Faedah makan buah-buahan tempatan’’. Definisi buah- buahan tempatan menurut kamus dewan ialah buah-buahan yang ditanam di Malaysia. Contohnya buah manggis, durian dan tembikai.

Buah-buahan tempatan banyak mengandungi khasiat. Contohnya, buah jambu batu mengandungi vitamin c dan buah limau mengandungi asid yang boleh menghadamkan makanan yang kita makan.

Buah-buahan tempatan mudah didapati kerana pokok-pokoknya berasal dari negara kita. Oleh itu, buah-buahan tempatan didapati lebih segar. Buah-buahan ini banyak dijual di gerai-gerai buah-buahan.

Selain daripada itu, harga buah-buahan tempatan juga berpatutan jika dibandingkan dengan buah-buahan import. Ini kerana buah-buahan tempatan tidak memerlukan kos pengangkutan yang tinggi untuk dipasarkan.

Buah-buahan tempatan juga telah dieksport ke luar negara. Contohnya buah nanas yang ditinkan akan dieksport ke luar negara seperti Arab Saudi dan Amerika Syarikat. Ini menunjukkan buah-buahan tempatan juga baik dan berkualiti.

Kesimpulannya, buah-buahan tempatan mempunyai banyak khasiatnya. Oleh itu, makanlah buah-buahan tempatan untuk kesihatan kita.
 

Sekian, terima kasih.

Wednesday, June 29, 2011

PROGRAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU (MBM) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

IPG PENGANJUR : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU
NAMA KURSUS  : KURSUS INOVASI DALAM P&P BAHASA MELAYU MELALUI TMK (SR/SM)
KUMPULAN        : KDP 4 MINGGU KOHOT II
TARIKH                : 27 JUN - 22 JULAI 2011
TEMPAT               : MAKMAL BESTARI/MAKMAL 3 IPGKT

Sunday, April 3, 2011

Wednesday, March 2, 2011

Olahraga Sukan Zon Libaran 2011


Tarikh : 22 Februari 2011 ( Selasa )
Tempat : Kompleks Sukan Sandakan
Dikelola oleh SK. Merpati Sandakan.
Perasmi : En Hj Sharif Mahada b Sharif Attar